Tuesday 6 October 2015

Tajuk : Rekod Pemakanan Anda




Rekod apa yang anda makan – leceh atau berkesan?


Ramai pembaca dan follower saya beritahu, mereka tak suka merekod makanan yang mereka ambil. Mereka lebih sukakan cara ‘quick-fix‘ yang hanya perlu diikuti. Contohnya, duplicate (bukan replicate) kembali menu makanan / diet orang lain yang sudah berjaya (apa yang dia makan).
Saya tak menyalahkan 100% amalan duplicate diet orang lain yang dah berjaya, tetapi masalah timbul apabila si ‘penceduk’ ini gagal untuk adaptasi diet tersebut dalam gaya hidupnya.
Contoh menu diet yang berlegar di Internet
Contoh menu diet yang berlegar di Internet
Contoh paling mudah, seorang perempuan bernama Senah (nama klasik melayu ni) nak berdiet untuk kurus. Di carinya salad-salad dan makanan ‘superfood‘ di ceruk-ceruk Tesco dan Cold Storage. Sedangkan di belakang rumah dia ada saja apek jual kang kung dan bak choy.
Korang semua faham kan maksud saya…. (kalau tak faham juga, baca sini).
Berbalik kepada isu sebenar, iaitu leceh untuk merekod makanan, adakah ia juga bermaksud mencatat makanan yang diambil itu suatu tindakan yang sia-sia?
food-log2
Satu kajian yang pernah diterbitkan pada 2008 menerusi American Journal of Preventive Medicine merumuskan yang habit mencatat makanan yang diambil berupaya membuatkan seseorang yang hendak menurunkan berat badan untuk turun lebih KG, berbanding mereka yang tidak merekod dan memantau apa yang mereka makan.
Kajian ini mendapati, mereka yang merekodkan apa yang dimakan setiap hari didapati mengalami penurunan berat badan hampir 2 KALI GANDA berbanding individu yang hanya merekodkan apa yang dimakan sehari/sekali sahaja dalam seminggu.
Penyelidik yang terlibat, Dr. Victor Stevens (dari Kaiser Permanente Center for Health Research in Portland) percaya hal ini berlaku disebabkan oleh “peningkatan tahap kesedaran akan dari mana datangnya lebihan kalori itu”.
Mereka yang jarang atau tidak merekodkan apa yang mereka makan tidak akan menyedari akan kewujudan lebihan kalori ini apatah lagi jika ianya adalah kalori tersembunyi.
diari

0 comments:

Post a Comment