Tuesday 6 October 2015

Riadah ke Gunung Angsi

EKSPIDISI MEMANJAT GUNUNG ANGSI, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

22 March 2012 at 12:17

Bertindak atas arahan, perlu berada di perkarangan Kakigym pada pukul 6.30pagi.Berapa tepat disitu,  yang ada hanya Seorang peserta dan pembekal makanan.Melihat keadaan tersebut pergi ke Mc donald beli sarapan pagi bersama Nor Shuhadah.Setiap ahli di beri Tshirt Kaki Adventure, Makanan dan air mineral.
Sampai di perkarangan Ulu Bendul, semua ahli melakukan regangan ringkas. Selepas itu sessi bergambar  sakan diantara pendaki.Mula pendakian pada jam 10.30am dan di pandu oleh seorang yang terlatih. Permulaan pendakian agak landai, menyusuri anak sungai, pemandangan amat indah sekali.
Bila melihat keindhan alam sekeliling terasa masih terlalu kecilnya diri kita...banyak lagi anugerah yang Allah kurniakan masih kita tidak hargai.Apa yang membuat saya terkilan sepanjang pendakian terdapat sepahan sampah terutama bekas-bekas minuman.Kekadang tertanya, kebanyakan "pendaki" ini adalah orang-orang yang mencintai alam semulajadi, dalam ertikata keaslian sesuatu tempat itu dikekalkan dan dijaga termasuklah kebersihannya...amat memalukan. Tapi apakan daya  untuk mengutip dan mengangkut sampah-sampah tersebut tiada kemampuan.
Setelah sampai kepuncak,terasa betapa teruja dan kepuasan tergambar dimuka pendaki.Indahnya pemandangan kalau diterjah disemua sudut.


Memandangkan  kumpulan kami tidak layak untuk solat jamak, ada dikalangan kami menunaikan solat zohor...syabas dan ahlhamdullilah, begitulah hendaknya yang mana setiap aktiviti riadah begini tuntutan wajib tidak diringankan dan apalagi untuk meninggalkannya.
Semasa perjalan turun ada ahli-ahli yang berlari seolah-oalh pertandingan turun diadakan...Kalau pergi bersama kumpulan, bermakna sokongan dan semangat berpasukan itu mesti ada.Tak pa lah...akan datang !!harusnya saya dan seangkatanya mencari kumpulan/team yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.Agak mengecewakan bila mana semasa turun mengalami kekejangan yang tidak pernah dijangka berlaku..Bila berlaku situasi begitu, terfikir jugak rasanya serik untuk mengikiuti aktiviti seperti ini.Tapi!!!setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya...secara langsung menyedari keupayaan fizikal tidak cukup mantap/fit.Bermakna sebelum pergi mendaki kekuatan kaki perlu dipertingkatkan.

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang setia memberi sokongan moral untuk say terus turun dan akhirnya sampai pada jam 6.00petang. Ahlamdullilah...Sesampai sahaja diperkarangan pakir kereta, saya dan rakan-rakan bersedia untuk kembali ke rumah masing-masing...Program akan datang...pendakian kemana pulak ya!!!!insyaallah..jika berkemampuan dari aspek fizikal , mental dan kewanagan, pasti kan saya rebut lagi....

0 comments:

Post a Comment